Saat Dumbledore tiba di Privet Drive suatu malam di musim panas untuk membawa Harry Potter, tangan pemegang-tongkatnya menghitam dan berkerut, namun dia. YOU ARE READING. Harry Potter Dengan Azimat Maut Random. Harry Potter dibebani suatu tugas berat, berbahaya, dan kelihatan mustahil: menjejaki dan memusnahkan baki. YOU ARE READING. Harry Potter Dengan Azimat Maut Random. Harry Potter dibebani suatu tugas berat, berbahaya, dan kelihatan mustahil: menjejaki dan memusnahkan baki.
Menonton Harry Potter and the Deathly Hallows Part 1 merupakan sesuatu yang sangat berbaloi, lebih-lebih lagi buat korang yang dah membaca novel tersebut. Tidak mengecewakan seperti franchise filem Potter yang lain (Harry Potter and the Goblet of Fire dan Harry Potter and Half Blood Prince---dua filem ini sangat mengecewakan), HPDH juga memberikan bonus, memecahkan filem fantasi ini kepada dua bahagian, which is bagi aku very brilliant idea. HPDH dimulakan dengan ketiga-tiga watak utama Harry, Ron dan Hermione hidup dalam kebimbangan bila dunia sihir semakin rancak diserang Death Eaters, penyokong kuat Lord Voldermort. Harry yang ditinggalkan keluarga Dursley, Hermione terpaksa mengubah ingatan ibu bapa muggle nya dan Ron memandang ke luar rumahnya di The Burrow, melihat tanda2 jahat akan muncul tetiba. Filem ini dicantikkan dengan penggunaan CGI tahap maksimum seperti: 1) Penggunaan Polyjuice Potion untuk penciptaan Seven Potters dan pertukaran Mafalda Hopkirk dan dua kawannya untuk melepaskan sorang ahli sihir muggle di Kementerian Sihir. 2) Pertarungan di langit dari para Death Eaters dengan Seven Potters 3) Serangan Death Eaters di rumah Xeno Lovegood, penjelmaan Patronus Silver Doe di tasik beku, ahli sihir yangg Appperate (Muncul Tiba-Tiba), Nagini dan dua elf (Dobby dan Kreacher) 4) Penceritaan “Kisah Adik Beradik” (di dalam buku Beedle The Bard) yang dilaksanakan dalam bentuk animasi, kelihatan sangat kreatif.
Malfoy Manor Pembinaan set untuk Malfoy Manor juga mengagumkan selain set Ministry of Magic yang nampak sangat ‘menjajah’ menerusi perkataan MAGIC IS MIGHT. Mungkin sebab ceritanya dibahagikan kepada dua, jadi plot lebih berkembang baik.
Lakonan Radcliffe, Watson dan Grint juga berada pada par yang membanggakan. Begitu juga penampilan Anak beranak Malfoy, Bellatrix Lestrange (Halena Bonham Carter), Ministry of Magic, Rufus Scrimgoer (Bill Nighy) yang memberikan wasiat terakhir kepada tiga sekawan ini sedikit sebanyak mencetuskan rasa menyampah penonton kerana sikap lebih-lebih ingin tahu beliau. Dikejar Snatchers Tetapi ada juga kekurangan filem arahan David Yates ni. Antaranya: 1) Babak Bathilda Bagshot menukarkan diri menjadi Ular Nagini kelihatan sangat baik.
Tapi tak ditunjukkan bagaimana tongkat Potter bleh patah. (Novel: Hermione dengan tak sengaja terpijak tongkat Harry lalu mematahkannya) 2) Tiada babak Kreacher mula menganggap Harry sebagai tuannya. (Novel: Kreacher membenci Harry sebab Harry terpaksa ambil dia jadikan elf suruhan. Tapi lepas Harry bagi Kalung Salazar Slytherine tu pada Kreacher, dia mula menganggap Harry tu sebagai tuannya dan sekaligus mengingtkan nya kepada tuan lamanya R.A.B ---Regulus Acturus Black, adik kepada Sirius Black) 3) Ada ditunjukkan penggunaan serpihan cermin yang dipunyai Harry.